PDRM Batalkan Surat Tawaran 600 Orang Calon Konstabel Wanita?

TULAR:
1228
Sumber gambar : PDRM

PENJELASAN:

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperjelaskan laporan bahawa pihak PDRM membatalkan surat tawaran kepada 600 orang calon konstabel wanita, sepertimana yang dilaporkan media.

Sumber gambar: Facebook

Menurut kenyataan rasmi PDRM:

PDRM ingin menjelaskan bahawa pembatalan tersebut sebenarnya bertujuan menunda tarikh kemasukan calon-calon terbabit yang sepatutnya melapor diri ke pusat latihan pada bulan April 2018. Ianya dibuat bagi memberi laluan kepada persiapan pasukan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14, di mana kesemua jurulatih terlibat dalam penugasan bantuan sumber manusia dalam memastikan PRU berjalan lancar dan sempurna.

Latihan juga tidak dapat dijalankan sebaik sahaja PRU tamat kerana PDRM mengambil kira kebajikan calon-calon yang semestinya berhasrat untuk menjalani ibadah puasa dan juga menyambut aidilfitri bersama keluarga sebelum mereka mula menjalani latihan asas.

PDRM akan mengeluarkan surat tawaran baharu kepada kesemua 600 orang calon yang telah menerima surat tawaran sebelum ini, secara berperingkat.

SUMBER:

Facebook Rasmi PDRM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI