Jaheaik Memaksa Pasangan Pelajar Sekolah Berbogel Di Sebuah Hotel?

TULAR:
1284

PENJELASAN :

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) memperjelaskan  dakwaan bahawa anggota badan berkenaan  memaksa pasangan pelajar sekolah berbogel di sebuah hotel melalui sebuah rakaman video sepertimana yang hangat diperkatakan media sosial.

Gambar hiasan. Sumber : Dreamstime

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) menafikan penglibatan penguat kuasa jabatan itu dalam rakaman tular membabitkan pasangan pelajar sekolah yang dipaksa berbogel di sebuah hotel di negeri Kelantan.

Pengarahnya, Datuk Mohd Rahim Jusoh berkata, semakan terhadap semua aduan dan operasi khalwat yang dijalankan oleh jabatan itu tidak menemui rekod seperti yang didakwa dan beliau juga tidak dapat memastikan kesahihan rakaman itu.

“Tidak daripada pegawai kami, tidak ada operasi. Semakan aduan di tempat yang dikatakan berlaku operasi yang dijalankan itu juga mendapati tidak ada kaitan dengan Jaheaik.”

SUMBER : 

Sinar Harian 


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI