Waspada Panggilan Dari Pihak Mengaku SPRM Dan Meminta Maklumat Peribadi

TULAR:
1720

WASPADA :

Orang ramai adalah dinasihatkan supaya berhati-hati dengan pihak yang menelefon dan mendakwa sebagai pihak dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan meminta maklumat peribadi termasuklah butiran-butiran sulit.

Gambar hiasan. Sumber: South China Morning Post.

Menurut SPRM, dikhuatiri panggilan-panggilan ini adalah palsu, susulan banyak aduan diterima SPRM daripada mangsa yang terpedaya dengan panggilan palsu berkenaan kebelakangan ini.

Sehubungan itu, orang ramai yang menerima panggilan meragukan ini, dinasihatkan agar terlebih dahulu mendapatkan pengesahan daripada mana-mana pejabat SPRM terdekat menerusi talian dan alamat yang dipaparkan di portal rasmi www.sprm.gov.my.

SPRM juga akan membuat laporan polis serta berharap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menyiasat panggilan palsu ini yang telah menjejaskan nama dan reputasi SPRM.

SUMBER :

Facebook Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

Utusan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI