Skim KWSP Untuk Suri Rumah Bakal Membebankan Pihak Suami?

TULAR:
648

PENJELASAN :

Kementerian Kewangan memperjelaskan dakwaan bahawa skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang akan diperkenalkan oleh kerajaan akan membebankan pihak suami, sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar: Facebook.

Menurut Menteri Kewangan Lim Guan Eng, Kementeriannya  menyokong penuh inisiatif untuk memperkenalkan Skim KWSP untuk suri rumah untuk meningkatkan tahap keselamatan sosial di kalangan suri rumah yang bergantung kepada suami untuk menyara hidup.

Skim tersebut dijangka bermula pada tahun 2018 secara sukarela dan akan melibatkan pemindahan dua peratus daripada caruman KWSP suami yang sedia ada kepada akaun KWSP suri rumah, yang mana tidak akan membebankan mana-mana pihak kerana tiada sebarang pengurangan gaji bersih yang dibawa pulang oleh suami.

KWSP juga sedang menjalankan satu skim simpanan persaraan sukarela bagi mereka yang bekerja sendiri dan yang tidak mempunyai pendapatan tetap, dengan tambahan sebanyak 15 % daripada caruman di bawah skim ini disumbangkan oleh kerajaan kepada semua peserta skim, tertakluk kepada had RM250 setahun.

SUMBER :

Facebook Kementerian Kewangan Malaysia

Berita Harian

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI