TNB Masih Mengenakan GST Ke Atas Bil Elektrik Walaupun Setelah Sifar GST?

TULAR:
581

PENJELASAN :

Tenaga Nasional Bhd (TNB) memperjelaskan dakwaan bahawa pihaknya masih mengenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) terhadap pelanggannya, walaupun setelah pelaksanaaan cukai sifar GST bermula 1 Jun 2018, sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar: Facebook.

Menurut kenyataaan rasmi TNB :

TNB dalam satu kenyataan berkata, berkuatkuasa 1 Jun 2018, TNB akan melaksanakan GST 0% terhadap penggunaan elektrik.

Bagi bil bulan Mei/Jun 2018, caj GST akan dikira secara pro-rata. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk FAQ GST diwww.tnb.com.my/gst/.

CONTOH

Bil bertarikh 20 Jun 2018
Tempoh bil: 22 Mei hingga 20 Jun (30 hari)
Jumlah Kena GST: RM120
(rujuk column Jumlah Kena GST untuk Kegunaan Bulan Semasa di dalam bil)

Bilangan hari dalam bulan Mei = 10 hari
Bilangan hari dalam bulan Jun = 20 hari
Caj sebenar yang dikenakan adalah RM120 x 6% x 10 hari / 30 hari = RM2.40

SUMBER :

Facebook TNB Careline

Tenaga Nasional Berhad

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI