HSIJB Tiada Bekalan Ubat Dan Pesakit Terpaksa Membeli Ubat Sendiri?

TULAR:
274

PENJELASAN:

Pihak Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) memperjelaskan dakwaan bahawa terdapat sebahagian pesakit terpaksa membeli ubat sendiri apabila didapati tiada bekalan ubat di Hospital Sultan Ismail Johor Bahru (HSIJB) atas dakwaan hospital kekeringan dana dan tiada wang sepertimana yang hangat diperkatakan di media sosial.

Sumber gambar : Facebook

Menurut kenyataan rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ):

Pihak JKNJ ingin merujuk kepada kenyataan yang ditularkan dalam media sosial Facebook bertarikh 3 Jun 2018 yang menyatakan sebahagian pesakit terpaksa membeli ubat sendiri apabila didapati tiada bekalan ubat di hospital atas dakwaan hospital kekeringan dana dan tiada wang.

Pihak JKN Johor dan Hospital Sultan Ismail Johor Bahru (HSIJB) memandang serius perkara ini.  Hasil siasatan awal pihak HSIJB, mendapati tiada pesakit yang diarahkan untuk membeli ubat sendiri. Bekalan ubat adalah mencukupi dan pesakit diberi ubat mengikut kepada ubat-ubatan yang tersenarai di dalam Buku Formulari Ubat Kementerian Kesihatan Malaysia.

Pihak HSIJB juga telah menghubungi pemilik akaun Facebook untuk mendapatkan penjelasan dan dimaklumkan beliau hanya mendengar cerita daripada satu pihak dan tidak mengesahkan perkara tersebut dengan HSIJB.

Pihak JKN Johor ingin memberikan kepastian (assurance) kepada masyarakat bahawa bekalan ubat sentiasa mencukupi dan akan sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.

SUMBER: 

Facebook Rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Johor


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI