Had Laju Di Jalan Persekutuan Dan Jalan Negeri Akan Diturunkan Pada Bulan Jun 2018?

TULAR:
1427

PENJELASAN :

Kementerian Kerja Raya (KKR) memperjelaskan laporan bahawa had laju di jalan Persekutuan dan jalan negeri akan diturunkan pada bulan Jun 2018 sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar : Berita Harian

Menurut Kementerian Kerja Raya (KKR), had laju di jalan Persekutuan dan jalan negeri akan diturunkan, masing-masing daripada 90 kilometer sejam (km/jam) kepada 80 km/jam, dan daripada 80 km/jam kepada 70 km/jam bermula 8 Jun 2018.

Penurunan had laju itu dilakukan susulan Kempen Keselamatan Jalan Raya  Peringkat Kebangsaan sempena sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri.

KKR memaklumkan penurunan had laju itu akan dikuat kuasakan bermula 8 Jun sehingga 22 Jun 2018dan akan dipantau menerusi Operasi Bersepadu (Ops Bersepadu) oleh kementerian itu.

SUMBER :
Berita Harian

Berita TV9


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI