Pengukuhan Sektor Pengangkutan Awam Darat Oleh Kementerian Pengangkutan

TULAR:
873

PENJELASAN:

Kementerian Pengangkutan (MOT) memperjelaskan lebih terperinci berhubung pemerkasaan sektor pengangkutan awam darat di bawah seliaan Kementerian Pengangkutan (MOT).

Sumber gambar: Facebook

Menurut kenyataan rasmi MOT:

Mesyuarat Jemaah Menteri pada6 Jun 2018 telah bersetuju dengan cadangan Kementerian Pengangkutan (MOT) bagi mewujudkan sebuah entiti baharu yang dikenali sebagai Agensi Pengangkutan Awam Darat yang akan melaksanakan fungsi-fungsi dasar dan pembangunan di bawah Akta 715 (Akta Pengangkutan Awam Darat 2010). Ini adalah susulan pengumuman YAB Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad berhubung pembubaran Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada pertengahan Mei yang lalu.

Struktur organisasi dan perjawatan Agensi Pengangkutan Awam Darat akan dibangunkan bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan berlandaskan kepada prinsip-prinsip perjawatan dan organisasi sedia ada. Bagi mengelakkan pertindihan fungsi penguatkuasaan pengangkutan darat, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan diberi kuasa untuk melaksanakan fungsi penguatkuasaaan Akta 715 bagi mod jalan melalui pengukuhan Bahagian Penguatkuasaan JPJ.

Selain itu, JPJ juga akan diberi kuasa melaksanakan fungsi mengeluarkan lesen dan/atau permit pengendali bagi mod Jalan (pengendali pengangkutan awam, kenderaan pelancongan, kenderaan barangan) di kaunter-kaunter perkhidmatan sedia ada JPJ bagi mengelakkan wujudnya dua entiti yang menyediakan perkhidmatan kaunter. Fungsi sedia ada SPAD yang melaksanakan penguatkuasaan dan penyediaan perkhidmatan di kaunter akan dialihkan kepada JPJ bagi melaksanakan kedua fungsi ini.

Pada masa yang sama, MOT akan melaksanakan penstrukturan semula bahagian sedia ada bagi melaksanakan fungsi kawalan dasar, kawalan pelaksanaan operasi dan kawal selia kementerian ke atas APAD. Sehubungan dengan itu, Call-Centre yang diwujudkan oleh SPAD bagi menerima dan menguruskan aduan akan dipindah dan diletakkan di bawah MOT dan akan menyediakan perkhidmatan merangkumi semua skop fungsi di bawah Kementerian.

SUMBER:

Facebook Rasmi Kementerian Pengangkutan (MOT)


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI