Pelbagai Barangan Disenaraikan Di Bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan 2018?

TULAR:
447

PENJELASAN:

YAB Perdana Menteri memperincikan penentuan harga maksimum bagi 22 jenis barangan harga terkawal yang dikuatkuasakan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2018.

Gambar hiasan. Sumber gambar: Pixabay

Menurut kenyataan rasmi YAB Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir:

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah menentukan harga maksimum bagi 22 jenis barangan harga terkawal untuk dikuatkuasakan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2018 yang mana perayaannya dijangka akan disambut pada 15 Jun 2018.

Skim ini akan bermula dari 8 Jun hingga 22 Jun 2018. Tempoh pelaksanaan adalah selama 15 hari bagi perayaan tersebut dan ianya akan berkuat kuasa pada 7 hari sebelum perayaan, 1 hari pada hari perayaan dan 7 hari selepas perayaan. Skim ini akan dilaksanakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Penentuan harga maksimum telah dibuat di peringkat pengeluaran (bagi ayam dan telur ayam), borong dan runcit dalam rantaian pengedaran mengikut kewajaran dan kesesuaian. Penentuan ini dibuat agar penguatkuasaan kawalan harga adalah lebih berkesan dan penawaran harga yang berpatutan untuk barangan perlu bagi manfaat pengguna dan peniaga.

Harga maksimum ditentukan bagi 22 barangan harga terkawal di 91 buah daerah di Semenanjung, 32 buah daerah di Sarawak, 27 buah daerah di Sabah dan sebuah daerah di Wilayah Persekutan Labuan.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menentukan harga maksimum pengeluar, borong dan runcit berdasarkan kepada maklumat harga dari punca-punca berikut:

  • pemantauan harga di semua daerah di seluruh negara sepanjang tahun 2017 dan pada bulan Januari hingga Mei 2018 berdasarkan kepada pungutan harga yang ditetapkan secara mingguan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan;
  • pandangan pelbagai agensi Kerajaan yang berkaitan iaitu Jabatan Pertanian Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), Jabatan Perikanan, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM); dan
  • perbincangan dengan pengeluar, pengimport, pembekal dan pemborong barangan tersebut.

Para peniaga diwajibkan menjual barangan harga terkawal tidak melebihi harga maksimum yang ditentukan oleh Kerajaan dan meletakkan tanda harga khas berwarna merah jambu ke atas barangan harga terkawal bagi membezakan dengan barangan lain. Walau bagaimanapun, peniaga digalakkan untuk menjual barangan tersebut lebih rendah daripada harga maksimum sekiranya harga yang diperoleh adalah lebih rendah.

SUMBER:

Facebook Rasmi Perdana Menteri

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI