Waspada Kutipan Zakat Palsu Di Selangor

TULAR:
502

WASPADA :

Orang ramai dinasihatkan berwaspada dengan individu atau pertubuhan yang menjalankan aktiviti kutipan zaka di Selangor tanpa permit yang sah.

Gambar hiasan.Sumber gambar : Facebook

Ketua Divisyen Komunikasi Korporat Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor), Datin Norajun Ainun Mohd Hashim menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dengan individu atau pertubuhan yang menjalankan aktiviti kutipan zakat di negeri tanpa kebenaran Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

Mais melantik Zakat Selangor sebagai amil dan pentadbir bagi menguruskan semua perkara berkaitan kutipan dan agihan zakat di Selangor berdasarkan kepada Peraturan-Peraturan Zakat dan Fitrah (Selangor) 2012.

“Justeru, mana-mana individu atau pertubuhan didapati melakukan kesalahan menjalankan aktiviti kutipan zakat tanpa kebenaran, boleh didakwa di bawah peruntukan Seksyen 37 Enakmen Jenayah Syariah Negeri 1995.”

SUMBER : 
Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI