Saman Bukan Kerana Ekzos Bising Tetapi Nombor Pendaftaran ‘Fancy’

TULAR:
5019

Menurut kenyataan media Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT):

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) mendapati satu gambar telah tular di media sosial mengaitkan tindakan saman atas kesalahan ekzos bising pada motosikal jenis Harley Davidson. JSPT ingin menjelaskan bahawa gambar tersebut telah disalah tafsir memandangkan tindakan saman dikenakan adalah bagi kesalahan nombor pendaftaran fancy dan bukan kesalahan ekzos bising semasa operasi JSPT Kontinjen Kuala Lumpur bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada 20 Februari 2021(Sabtu) di Jalan Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Operasi bertujuan untuk menguatkuasakan peraturan dan undang-undang sedia ada terhadap semua pengguna kenderaan termasuk juga bagi kesalahan ubah suai ekzos menyebabkan bunyi bising melebihi had yang dibenarkan.

JSPT ingin menegaskan mana-mana kenderaan yang menggunakan peralatan dan aksesori mengikut spesifikasi keluaran asal kilang adalah tidak melakukan kesalahan. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat pengubahsuaian dilakukan tanpa mendapat kelulusan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) adalah menjadi suatu kesalahan dan boleh diambil tindakan undang-undang.

JSPT menggesa semua pengguna dan pemilik kenderaan supaya mematuhi peraturan dan undang-undang agar tidak melakukan pengubahsuaian tanpa kebenaran demi memastikan keselamatan dan keselesaan awam.

SUMBER:

Facebook Rasmi JSPT
Facebook Rasmi PDRM
Sinar Harian
Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI