Penjelasan Berkenaan Laporan Hospital Serdang Mengutamakan ‘Influencer’ Dalam Pemberian Vaksin COVID-19

TULAR:
2107

Menurut Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan:

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin merujuk kepada laporan media atas talian bertarikh 25 Februari 2021 yang membawa tajuk “Hasrat beri Vaksin pada ‘influencer’, pengurusan kanan hospital terlebih dahulu dipersoal”. Kementerian ingin menafikan berita ini dan ianya adalah palsu dan tidak benar.

Semakan awal dengan Hospital Serdang mendapati bahawa sebagai menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak buah di hospital, pihak Hospital bercadang untuk memberi vaksin COVID-19 kepada beberapa orang ketua jabatan klinikal selain anggota barisan hadapan (frontliners) yang lain. Ketua jabatan klinikal merupakan pakar perunding klinikal bidang masing-masing dan sememangnya terdedah kepada risiko COVID-19 dan kerap mempunyai kontak dengan pesakit mahupun waris semasa menjalankan tugasan.

KKM ingin menegaskan bahawa pemberian vaksin akan diberi mengikut keutamaan seperti yang telah dinyatakan sebelum ini. Isu ‘memotong barisan’ (cutting queue) bagi mendapatkan vaksin adalah tidak dibenarkan dan ianya akan disiasat untuk tindakan.

SUMBER:

Laman Rasmi KP Kesihatan Malaysia

Facebook Rasmi KKM

Twitter Rasmi KP Kesihatan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI