Polis Nafi Bertindak Kasar Ketika Menahan Wanita Warga Indonesia

TULAR:
1074

SEBENARNYA:

Polis menafikan telah bertindak kasar termasuk sengaja menggari seorang wanita Indonesia yang bekerja di sebuah restoran di Jalan Raja Uda yang ditahan kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan diri ketika Ops Bersepadu Khas, Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU)  ACP Noorzainy Mohd Noor berkata sejak semalam, tular di media sosial video berkenaan polis yang kononnya bertindak kasar terhadap wanita berusia 46 tahun itu namun sebenarnya semasa proses penahanan, mangsa telah bertindak agresif serta menjerit ke arah polis.

“Pada mulanya, suspek melarikan diri ketika serbuan dilakukan tapi berjaya ditahan oleh penguat kuasa Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dan dibawa semula ke premis tempatnya bekerja namun suspek bertindak meronta-ronta termasuk membaling apron ke arah polis.

“Ketika diminta memberikan kerjasama, suspek bertindak agresif dan cuba melarikan diri semula dengan merempuh polis serta penguat kuasa yang ada di situ. Sebab itu kami menggarinya tapi tidak berlaku sebarang kekerasan ke atas suspek sebaliknya semua mengikut prosedur operasi standard (SOP),” katanya.

SUMBER:

Facebook Rasmi IPD Seberang Perai
Bernama
Astro Awani
Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI