Semua Penerbangan MAB Dari India Ke Malaysia Adalah Penerbangan Kargo

TULAR:
2093

Menurut Siaran Media Menteri Pengangkutan Malaysia (MOT):

Selari dengan arahan Kerajaan selepas Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN), berkuatkuasa pada 28 April 2021, semua penerbangan penumpang dari dan ke negara India dilarang memasuki Malaysia.

Hanya penerbangan kargo yang akan dibenarkan pada masa ini.

Semua penerbangan MH yang menjadi tular di media sosial merupakan penerbangan kargo.

Penerbangan pesawat penumpang juga kosong, dan digunakan untuk membawa muatan yang kebanyakannya adalah barangan farmasi, ubat-ubatan, telefon bimbit, komponen elektrik dan bungkusan kurier.

Mengubah penerbangan penumpang kepada kargo bukanlah sesuatu yang baharu (P2C penumpang-ke-kargo) dan dipraktikkan MAB selama berbulan-bulan sebelum ini susulan berlakunya pandemik COVID-19.

CAAM, MAS Kargo di bawah kendalian Malaysia Airlines Berhad (MAB) dan Suruhanjaya Penerbangan Awam (MAVCOM) juga telah mengesahkan fakta ini.

Semakan dengan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah juga mengesahkan bahawa kes seorang pemegang pas pekerja asing warga India yang memasuki Malaysia adalah berlaku lebih awal iaitu pada 10 April.

Pelancong bukan Malaysia dari India tidak dibenarkan memasuki atau transit di Malaysia pada masa ini. Walau bagaimanapun, pengecualian akan dibuat untuk warganegara Malaysia yang memasuki Malaysia dari India tanpa melalui imigresen dan kastam.

Semua kru (juruterbang, jurutera dan kru kabin) tetap berada di atas kapal. MAB juga melarang mana-mana krew penyelenggaraan pesawat dari India memasuki pesawat yang berkenaan.

Pekerja asing yang memegang pas lawatan kerja sementara, pekerja perniagaan, dan pelajar antarabangsa dari India juga akan dihalang tertakluk kepada arahan yang berkuatkuasa 28 April 2021.

Warganegara Malaysia (pelajar dan pekerja), keluarga mereka dan pasangan bukan warganegara Malaysia yang pulang ke Malaysia dari India juga dibenarkan dengan kuarantin mandatori 14 hari di pusat-pusat yang ditetapkan.

SUMBER:

Facebook Rasmi MOT


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI