Tiada Kes Culik Yang Berlaku Melibatkan 2 Warga Bangladesh Bersama Remaja Bawah Umur

TULAR:
1134

Menurut kenyataan media Ketua Polis Daerah Klang Utara:

Pada 7 Mei 2021, terdapat satu kandungan yang dimuatnaik di laman sosial berkenaan satu kes culik melibatkan 2 orang lelaki warga Bangladesh dan seorang budak bawah umur. Pihak polis mengesahkan tiada kes culik seperti yang telah diviralkan. pada 5 Mei 2021, remaja berkenaan telah keluar bersama 2 orang lelaki berkenaan, yang merupakan rakan ibunya untuk membeli barang.

Pihak polis juga mengesahkan remaja tersebut kini berada bersama keluarganya.

SUMBER:

Facebook Rasmi Polis Selangor


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI