Waspada Tawaran Bagi Permudah Urusan Penukaran Nama, Lesen Memandu & Cukai Jalan

TULAR:
1507

SEBENARNYA:

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) mengingatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan tawaran iklan penukaran nama geran kenderaan tanpa pemilik asal termasuk memperoleh lesen memandu tanpa perlu ujian dan memperbaharui cukai jalan tanpa perlu Puspakom sebagaimana tular di media sosial.

JPJ menegaskan bahawa, sebarang urusan berkaitan lesen memandu, lesen kenderaan motor (LKM) dan tukar hak milik kenderaan yang tidak mengikut prosedur ditetapkan oleh kerajaan adalah tidak sah.

SUMBER:

Facebook Rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia (2021)


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI