Dakwaan Kononnya Terdapat Tindakan Saman Ke Atas Pemandu Kenderaan Yang Memakai Cermin Mata Gelap Adalah Tidak Benar

TULAR:
1858

SEBENARNYA:

Menurut Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT PDRM):

JSPT telah mengesan satu audio yang tular di aplikasi WhatsApp mengenai tindakan saman ke atas pemandu kenderaan yang memakai cermin mata gelap.

Antara kandungan mesej audio oleh perakam suara berbunyi ‘info pemandu kereta atau lori yang memakai cermin mata gelap / Rayban tanpa masalah penglihatan yang melalui sekatan jalan raya, pihak polis akan mengenakan saman sebanyak RM500 dan tiada kompaun’. Perakam suara ini turut menyatakan dirinya telah disaman atas kesalahan tersebut.

JSPT menegaskan dakwaan tersebut adalah tidak benar dan tidak berasas sama sekali. Tiada peruntukan undang-undang menyatakan memakai cermin mata gelap semasa memandu kenderaan adalah merupakan suatu kesalahan.

SUMBER:

Facebook Rasmi JSPT PDRM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI