Penjelasan Berkenaan Penggunaan Bahan Peluntur/ Benzoil Peroksida Dalam Tepung Gandum

TULAR:
541

Menurut Kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM):

KKM mengambil maklum isu yang ditularkan semula di media sosial berkaitan penggunaan benzoil peroksida dalam tepung gandum yang didakwa boleh menjejaskan kesihatan. KKM juga telah menjelaskan perkara ini dalam dua (2) kenyataan media yang dikeluarkan sebelum ini pada tahun 2012 dan 2017 bagi mengelakkan kekeliruan awam.

Peraturan-Peraturan Makanan 1985 di bawah Akta Makanan 1983 membenarkan penggunaan benzoil peroksida sebagai kondisioner makanan di bawah aditif makanan dalam tepung pada kadar tidak melebihi 50mg/kg. Codex Alimentarius Commission (CAC), iaitu badan antarabangsa yang ditubuhkan di bawah Joint FAO/WHO Food Standards Programme pula telah membenarkan penggunaan benzoil peroksida dalam tepung gandum pada kadar tidak melebihi 60mg/kg. Dalam hal ini, penggunaan benzoil peroksida telah dinilai dan disahkan selamat untuk digunakan dalam makanan dalam jumlah tertentu di Malaysia dan luar negara oleh badan penilai antarabangsa iaitu Joint FAO/WHO Expert Comittee on Food Additives (JECFA).

Artikel Terdahulu 14 Jun 2017

Artikel Terdahulu 18 Januari 2017

Artikel Terdahulu 28 Oktober 2014

SUMBER:

Facebook Rasmi KKM

X Rasmi KKM

Instagram Rasmi KKM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI