Benzoil Peroksida Dalam Tepung Gandum?

TULAR:
1648

PENJELASAN:

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperjelaskan dakwaan bahawa terdapat  penggunaan bahan kimia beracun seperti benzoil peroksida dalam tepung gandum.

Versi Terkini. Tular: Januari 2017

Sumber gambar: Kosmo Online

Versi Terdahulu. Tular: Oktober 2014

Sumber gambar: Facebook

Menurut KKM, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 di bawah Akta Makanan 1983 membenarkan benzoil peroksida sebagai kondisioner makanan di bawah aditif makanan di dalam tepung pada kadar tidak melebihi 50 mg/kg. Benzoil peroksida telah dinilai dan disahkan selamat untuk digunakan dalam makanan dalam jumlah tertentu oleh badan penilai antarabangsa iaitu Joint FAO/WHO Expert Committee on Food Additives (JECFA).

SUMBER:

Kementerian Kesihatan Malaysia (Januari 2017)

Kementerian Kesihatan Malaysia (Oktober 2014)

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI