Dakwaan Kerajaan Akan Keluarkan Lesen Operasi Kasino Di Forest City, Johor Adalah Tidak Benar

TULAR:
213

SEBENARNYA:

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah portal berita antarabangsa yang melaporkan beliau bertemu dengan Pengasas Berjaya Corporation Bhd (BCorp) Tan Sri Vincent Tan serta Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi Kumpulan Genting Tan Sri Lim Kok Thay minggu lepas bagi membincangkan perkara itu.

Dalam masa yang sama, perkara ini juga telah dinafikan oleh kerajaan negeri Johor yang menegaskan bahawa tiada kasino akan dibuka atau beroperasi di Johor.

SUMBER:

Astro Awani

Bernama

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI