Benzoil Peroksida Dalam Tepung Gandum Membawa Penyakit Kronik?

TULAR:
1100

PENJELASAN:

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperjelaskan dakwaan bahawa benzoil peroksida yang digunakan dalam tepung gandum membawa kepada penyakit kronik sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar: Facebook

Menurut KKM, Benzoil peroksida adalah kondisioner makanan di bawah aditif makanan yang dibenarkan dalam Peraturan-Peraturan Makanan 1985 (PPM 1985). Ia dibenarkan di dalam tepung pada tahap tidak melebihi 50 mg/kg. Dalam hal ini, benzoil peroksida telah dinilai dan disahkan selamat untuk digunakan dalam makanan dalam jumlah tertentu oleh badan penilai antarabangsa iaitu Joint FAO/WHO Expert Committee on Food Additives (JECFA).

SUMBER:

Kementerian Kesihatan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI