![idrisjusoh](https://i0.wp.com/sebenarnya.my/wp-content/uploads/2014/11/idrisjusoh.jpg?resize=176%2C196&ssl=1)
PALSU :
Tular di media sosial dakwaan bahawa kertas peperiksaan SPM Matematik kertas 2 Kod 1449/2 akan diulang pada 5 Disember kerana didapati bocor di negeri Melaka, Selangor dan Sabah.
![](https://i0.wp.com/sebenarnya.my/wp-content/uploads/2014/11/SPM-bocor-2016.png?resize=268%2C345)
SEBENARNYA :
Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh menerusi laman rasmi Facebooknya semalam menafikan dakwaan berlaku kebocoran pada kertas Matematik kertas 2 Kod 1449/2.
Sementara itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi satu kenyataan semalam turut menegaskan mesej viral itu tidak benar.