Dapat Sijil Kelahiran, Secara Automatik Jadi Warganegara?

TULAR:
629

PENJELASAN :

Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah memperjelaskan dakwaan pemberian sijil kepada kanak-kanak tanpa kewarganegaraan di Sabah secara automatik akan mendapat taraf warganegara dan menikmati keistimewaan sebagai rakyat Malaysia sepertimana yang tular di media sosial.

Gambar hiasan : Sumber : Mstar

Menurut Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Jainab Ahmad Ayid, beliau menjelaskan sijil kelahiran kepada kanak-kanak tanpa kewarganegaraan di Sabah tidak bermakna seseorang itu secara automatik mendapat taraf warganegara dan menikmati keistimewaan sebagai rakyat Malaysia.

Jainab berkata, situasi itu dapat mencegah sebarang masalah dan gejala sosial yang berlaku di kalangan mereka terutama apabila mendapat peluang belajar di sekolah bermula dari peringkat rendah

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Putrajaya akan bekerjasama dengan JPN dan Kementerian Pendidikan untuk memberi sijil kelahiran bagi tujuan persekolahan kepada kanak-kanak tanpa kewarganegaraan di Sabah atas dasar peri kemanusiaan.

SUMBER : 

Berita Harian

Mstar


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI