Amaran Daripada Bomba Mengenai Pembukaan Empangan Chenderoh Sehingga Menyebabkan Banjir Besar?

TULAR:
637

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononnya Jabatan Bomba dan Penyelamat telah mengeluarkan satu pesanan mengenai kemungkinan berlaku banjir besar di sekitar Sungai Perak disebabkan air yang akan dilepaskan di Empangan Chenderoh bagi mengelakkan empangan itu pecah.

Sumber gambar: Whatsapp

SEBENARNYA:

Jabatan Bomba dan Penyelamat menafikan penyebaran pesanan mengenai pembukaan Empangan Chenderoh sehingga akan menyebabkan banjir besar.

Menurut sumber dalamannya, perkara tersebut telah lama diperkatakan sebelum ini, namun ia tidak benar.

“Kami tidak pernah mengeluarkan sebarang pesanan berbentuk mesej atau WhatsApp kepada orang ramai seperti itu. Jabatan Bomba dan Penyelamat hanya mengeluarkan maklumat terkini dan hebahan menggunakan platform rasmi sahaja.”

SUMBER:

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI