Denda Akan Dikenakan Jika Lambat Tukar MYkad?

TULAR:
2599

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan bahawa denda akan dikenakan jika lambat menukar Mykad.

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mempercayai maklumat tersebar tentang arahan penukaran MyKad selewat-lewatnya pada hujung tahun ini bagi mengelak daripada didenda.

Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Datuk Sulaiman Keling berkata, tiada keperluan untuk menggantikan kad pengenalan kepada yang baharu sekiranya MyKad yang dimiliki masih dalam keadaan baik dan berfungsi.

Beliau menegaskan sebarang maklumat berkaitan kad pengenalan hanya boleh disahkan oleh ketua pengarah pendaftaran negara dan pegawai pendaftaran yang dilantik sahaja.

SUMBER: 

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI