Pelajar Tahfiz Dan Beberapa Buah Kenderaan Dihanyutkan Arus Deras ?

TULAR:
160
Gambar hiasan.Sumber gambar : Bomba Malaysia

PALSU : 

Tular di media sosial dakwaan bahawa lima pelajar tahfiz dan 25 buah kereta dihanyutkan arus deras di Sungai Golok, Rantau Panjang.

Gambar hiasan.Sumber gambar : istockphoto

SEBENARNYA : 

Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Kelantan menafikan dakwaan yang tersebar luas bahawa terdapat lima pelajar tahfiz dan 25 buah kereta dihanyutkan arus deras di Sungai Golok, Rantau Panjang.

Pengarah Bomba Negeri, Azmi Osman berkata , “Saya terpaksa menghantar anggota sebanyak tiga kali ke kawasan Sungai Golok untuk menyiasat selepas berita itu tersebar. Bagaimanapun tidak ada, ia hanya berita palsu,” kata beliau.

SUMBER :
Utusan Online


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI