Kerana GST, Pengeluaran Wang Akan Dikenakan 6% Ke Atas Amaun Pengeluaran?

TULAR:
198

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan dikenakan keatas pengeluaran wang di mesin teler automatik (ATM).

Menurut mesej itu, jika sebelum ini perkhidmatan pengeluaran wang tunai di ATM melalui MEPS dikenakan caj RM1 bagi setiap transaksi, caj itu akan meningkat kepada enam peratus daripada jumlah wang yang dikeluarkan apabila GST diperkenalkan pada 1 April 2015.

Sumber gambar: Sinar Harian


SEBENARNYA :

Mesej yang mendakwa pengeluaran wang tunai melalui MEPS di ATM akan dikenakan GST sebanyak 6 peratus daripada jumlah pengeluaran adalah tidak benar.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata, GST yang akan dikenakan kepada transaksi ATM jika wang dikeluarkan melalui MEPS ialah enam peratus daripada kadar caj yang dikenakan MEPS, dan bukan berdasarkan jumlah pengeluaran wang.

SUMBER :

Sinar Harian

Astroawani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI