Kelantan Akan Ditenggelami Air Berikutan Pelepasan Air Empangan Di Thailand?

TULAR:
1219
Electric power plant, bhumibol dam in Tak province, Thailand

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa empangan di Thailand akan melepaskan air yang menyebabkan air di Sungai Golok naik. Ini mencetuskan kegusaran warga penduduk yang kawasannya terkesan, khususnya yang tinggal di sekitar Sungai Golok, Kelantan.

Gambar hiasan. Sumber : Whatsapp

SEBENARNYA :

Spekulasi yang tersebar di WhatsApp bahawa Kelantan akan ditenggelami air berikutan pelepasan air empangan di daerah Sukhirin, wilayah Narathiwat, Thailand adalah tidak benar.

Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab mengesahkan bahawa semakan yang dilakukan dengan Jabatan Pengairan Diraja Thailand, mendapati empangan itu tidak wujud.

SUMBER :

Berita Harian

Utusan Online


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI