Waspada Promosi/Tawaran Tidak Sah Dalam Talian

TULAR:
1610

Orang awam dinasihatkan supaya berwaspada dengan satu video telah tular di laman Facebook yang dikeluarkan sebuah entiti tidak bertanggung jawab yang telah menggunakan nama “Koperasi Ekspres Tentera”. Ingin ditegaskan disini, Koperasi Tentera tidak ada kena mengena dan kaitan dengan entiti ini.

Semakan telah dilakukan dan entiti ini didapati tidak berdaftar di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan mereka telah menyalahgunakan nama “koperasi” dengan hasrat untuk mengelirukan anggota tentera.

SUMBER:

Laman Rasmi Koperasi Tentera

Facebook Rasmi Koperasi Tentera

Facebook Rasmi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI