2 Nota Suara Mendakwa Bahawa Terdapat Individu Yang Disahkan Positif COVID-19 Telah Mengunjungi BSN Dan Dicari Oleh Pihak Hospital Beaufort

TULAR:
1492

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan rasmi Hospital Beaufort:

Pihak Hospital Beaufort ingin merujuk kepada dua (2) mesej suara (voice message) yang tular dalam aplikasi WhatsApp adalah tidak benar. Kedua-dua mesej suara berkaitan seorang makcik yang disahkan positif COVID-19 telah mengunjungi BSN dan dicari oleh pihak hospital.

Kedua-dua mesej suara yang tular ini adalah tidak benar. Orang awam dinasihatkan untuk tidak panik dan tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih berkaitan kejadian COVID-19.

SUMBER:

Facebook Rasmi Hospital Beaufort


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI