WASPADA:
Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dengan pelbagai sindiket penipuan atau scam yang menggunakan identiti dan nama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).
Menurut JKDM, badan berkenaan telah menerima dan mengesan pelbagai kes berkaitan penipuan atau scam menggunakan identiti dan nama JKDM.
Sindiket penipuan yang dipercayai dilakukan oleh warga tempatan dan warga asing ini membuat panggilan telefon recara rambang kepada orang awam dengan mendakwa mereka sebagai wakil Kastam melalui pelbagai nombor yang tidak berkaitan dengan JKDM.
Jenis penipuan adalah seperti penipuan melalui panggilan telefon (GST), bungkusan, Love Scam dan penipuan penjualan barang-barang rampasan Kastam.
SUMBER:
Jabatan Kastam Diraja Malaysia