Gangguan Bekalan Air Di Pelbagai Kawasan Di Miri, Sarawak?

TULAR:
781

PALSU:

Tular di media sosial satu notis makluman yang kononya dikeluarkan Lembaga Air Kawasan Utara (LAKU) berkenaan gangguan bekalan air di pelbagai kawasan di Miri, Sarawak.

Sumber gambar: LAKU Management.

SEBENARNYA:

LAKU Management Sdn. Bhd. dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang telah mengedarkan notis gangguan bekalan air yang dikitar semula di sosial media.

Menurutnya, notis tersebut asalnya dikeluarkan pada bulan Mac 2017 bagi gangguan bekalan air yang dijadualkan pada 20hbMac 2017 (Isnin) sepertimana yang dinyatakan dalam notis berkenaan.

Tambahnya, gangguan bekalan air terjadual yang akan berlaku hanya akan diterbitkan di akhbar tempatan dan laman webnya sahaja, dan pihaknya tidak mengeluarkan notis sedemikian melalui laman media sosial seperti WhatsApp.

SUMBER:

Lembaga Air Kawasan Utara


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI