Kadar Sewa Rumah PPR Akan Dinaikkan?

TULAR:
387

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan bahawa kadar sewa kadar sewa unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) Serta Perumahan Awam (PA) di sekitar ibu negara akan dinaikkan.

Sumber : Whatsapp

SEBENARNYA:

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, menafikan dakwaan kononnya kadar sewa unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di sekitar ibu negara akan dinaikkan.

Katanya, kadar sewa dan kadar cukai sedia ada akan dikekalkan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga tidak mempunyai perancangan untuk menaikkan kadar itu.

Beliau mengingatkan supaya penghuni PPR dan PA khususnya supaya tidak mempercayai fitnah yang disebarkan.

SUMBER:

Berita Harian

Berita TV3 


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI