Kebakaran Di Hospital Kuala Lumpur?

TULAR:
1590

PENJELASAN:

Pihak Hospital Kuala Lumpur (HKL) memperjelaskan laporan bahawa telah berlaku kebakaran di hospital tersebut.

Sumber gambar : Facebook

Menurut Pengarah Hospital Kuala Lumpur, Datin Dr Nor Akma Yusuf, satu kebakaran dilaporkan berlaku di stor Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN),HKL. Menurut beliau, pihak bomba berjaya mengawal kebakaran dari merebak dan seterusnya memadamkan kebakaran itu.

“Pengungsian atau evakuasi pesakit, kakitangan dan pelawat dari bangunan berdekatan dijalankan mengikut prosedur. Setakat ini tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan. Perkhidmatan di HKL tidak terganggu dan berjalan seperti biasa. Punca kebakaran serta kerosakan masih dalam siasatan pihak berwajib.”

SUMBER:

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI