Waspada Sindiket Penipuan Melibatkan Identiti dan Nama Jabatan Kastam

TULAR:
2255

WASPADA:

Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dengan pelbagai sindiket penipuan atau scam yang menggunakan identiti dan nama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Sumber gambar : JKDM

Menurut JKDM, badan berkenaan telah menerima dan mengesan pelbagai kes berkaitan penipuan atau scam menggunakan identiti dan nama JKDM.

Sindiket penipuan yang dipercayai dilakukan oleh warga tempatan dan warga asing ini membuat panggilan telefon recara rambang kepada orang awam dengan mendakwa mereka sebagai wakil Kastam melalui pelbagai nombor yang tidak berkaitan dengan JKDM.

Jenis penipuan adalah seperti penipuan melalui panggilan telefon (GST), bungkusan, Love Scam dan penipuan penjualan barang-barang rampasan Kastam.

SUMBER:

Jabatan Kastam Diraja Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI