Waspada Sindiket Penipuan Mengugut Orang Ramai Menggunakan Nama LHDNM Dan Pihak Berkuasa

TULAR:
1389

WASPADA:

Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dengan sindiket penipuan yang menggunakan nama Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dan pihak berkuasa dengan mengugut atau menakut-nakutkan.

Versi Resit Pembayaran Cukai:

Sumbe gambar: LHDNM

Versi Whatsapp:

Sumber gambar: LHDNM

Pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) mengingatkan bahawa pihaknya telah mengesan beberapa sindiket penipuan yang bergerak dengan modus operandi berbeza mengugut orang ramai dengan menggunakan nama LHDNM. 

Sindiket penipuan yang berjaya dikesan:

1. Sindiket menggunakan resit rasmi pembayaran cukai pendapatan LHDNM yang dipalsukan:

  • Mengarahkan orang ramai untuk memindahkan sejumlah wang ke akaun bukan milik LHDNM dan akan dikenakan tindakan mahkamah sekiranya tidak mematuhi arahan yang diberikan. 

2. Sindiket menggunakan panggilan telefon kepada orang ramai:
Menyamar sebagai pegawai LHDNM.

  • Penyamar tersebut akan memaklumkan mangsa mempunyai kes jenayah seperti dadah atau penggubahan wang haram dan kemudiannya panggilan tersebut akan disambungkan dengan talian palsu pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sebagai makluman, LHDNM tidak menggunakan aplikasi whatsapp sebagai medium komunikasi rasmi dengan pembayar cukai dan juga panggilan telefon dengan menggunakan nama agensi awam tertentu selain dari LHDNM. Sebarang urusan berkaitan pematuhan cukai hanya dilakukan menerusi kaedah panggilan telefon, surat rasmi dan e-mel rasmi daripada Hasil Care Line, Jabatan dan Cawangan LHDNM. 

SUMBER:

Facebook Rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI