Waspada Sindiket Penipuan Yang Menawarkan Harga Pakej Pelancongan Murah

TULAR:
1112
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengingatkan orang ramai supaya berwaspada dengan sindiket penipuan yang menawarkan harga pakej pelancongan murah.

Antara modus operandi yang digunakan oleh sindiket penipuan adalah seperti berikut:

  1. Penipu menawarkan pakej percutian yang sangat murah dan menarik
  2. Mangsa teruja dengan pakej yang ditawarkan
  3. Penipu memberitahu mangsa untuk memindahkan wang dengan kadar segera bagi mengelakkan pakej “sold-out”.
  4. Penipu mengelak daripada dihubungi mangsa setelah transaksi pembayaran dilaksanakan.

Pengguna diingatkan untuk sentiasa berhati-hati dan memeriksa terlebih dahulu latar belakang agensi yang dipilih.

SUMBER:

Facebook Rasmi KPDNHEP


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI