Waspada Sindiket Penipuan Yang Menggunakan Nama & Identiti Mahkamah

TULAR:
1438

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia ingin memaklumkan bahawa dokumen yang bertajuk “ARAHAN PENYERAHAN DAN PENYIASATAN ASET KEPADA PEGAWAI UNDANG-UNDANG (KEHAKIMAN) DI MAHKAMAH TINGGI PERSEKUTUAN MALAYSIA dan ARREST WARANT” ini adalah merupakan dokumen-dokumen palsu dan ia adalah satu bentuk penipuan (scam) yang menggunakan nama dan identiti Mahkamah.

Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan untuk berhati-hati agar tidak menjadi mangsa penipuan. Sila buat laporan kepada pihak berkuasa jika terdapat pihak yang menyamar menggunakan identiti dan dokumen palsu ini mendekati anda.

SUMBER:

Facebook Rasmi Badan Kehakiman Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI