Menurut kenyataan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA):
Jika anda menerima sebarang jenis mesej atau dimasukkan ke dalam kumpulan ‘chat’ di platform media sosial terutamanya di Telegram dan WhatsApp yang mempunyai ciri-ciri seperti yang ditunjukkan di dalam poster, anda diminta untuk tidak terpedaya kerana terdapat banyak akaun penipuan yang mendakwa sebagai MIDA.
Sila berhati-hati dan jangan berurusan dengan akaun atau berikan butiran peribadi anda.
SUMBER:
Facebook Rasmi MIDA
Instagram Rasmi MIDA