Video Sekumpulan Lelaki Bermain Alat Muzik Berdekatan Masjid Adalah Video Lama

TULAR:
626

Menurut kenyataan media Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pulau Pinang:

Pada 09 November 2022 telah terkesan sebuah video berdurasi 1 minit, 40 saat yang telah dimuatnaik ke beberapa laman media sosial seperti Facebook dan TikTok, yang memaparkan kejadian sekumpulan orang bermain alat muzik berdekatan dengan sebuah masjid.

PDRM Kontinjen Pulau Pinang mengesahkan bahawa video tersebut adalah rakaman video lama, mengenai perarakan keagamaan di Jalan Jelutong, berdekatan dengan Masjid Maqbul Sungai Pinang, yang berlaku pada 11 Oktober 2017. Video tersebut telah dimuatnaik semula ke laman media sosial pada 27 Oktober 2022 oleh mereka yang tidak bertanggungjawab bagi tujuan mengapi-apikan isu perkauman dan keagamaan.

Pihak polis ingin memberikan amaran kepada orang ramai agar menghentikan serta merta perbuatan menyebarkan video yang menyentuh sensitiviti agama dan perkauman serta boleh menimbulkan perpecahan kepada masyarakat. Kesalahan penyebaran video melalui media sosial boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia tahun 1998 dan boleh juga disiasat dibawah Akta Hasutan 1948.

SUMBER:

Facebook Rasmi PDRM Pulai Pinang
Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI