Dakwaan Bahawa Panglima Tentera Darat Membenarkan Mana-Mana Pihak Bekempen di Kem Tentera Adalah Tidak Benar

TULAR:
759

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan Tentera Darat Malaysia (TDM):

Berikutan tular di media sosial kenyataan Panglima Tentera Darat telah dimanipulasi oleh pihak berkepentingan dilihat berupaya menjejaskan imej Panglima Tentera Darat. Dalam artikel media arus perdana bertarikh 6 November 2022, memetik kenyataan ‘Anggota Tentera Diingat Tidak Terbabit Secara Langsung Kempen PRU15’ (Sumber berita BERNAMA: https://www.bernama.com/bm/news.php?id-2135786) telah dimanipulasi dengan kenyataan berikut ‘TETAPI SAYA BENARKAN MANTAN MENTERI PERTAHANAN MASUK BERKEMPEN DI DALAM MANA-MANA KEM TENTERA DARAT DIA BERTANDING’. Kenyataan ini telah tersebar di aplikasi WhatsApp adalah tidak wajar kerana disifatkan menyebarkan fake news.

Tentera Darat Malaysia (TDM) memandang serius isu ini dan menegaskan bahawa kenyataan
tersebut adalah tidak benar dan dilihat mempunyai unsur tidak baik oleh pihak yang terbabit.

Panglima Tentera Darat dalam kenyataannya semasa sesi sidang media di Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia kepada Veteran ATM baru-baru ini hanya memperingatkan bahawa anggota tentera tidak boleh terlibat secara langsung termasuk turun padang berkempen bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kerana dianggap melanggar peraturan yang ditetapkan kepada anggota ATM.

Malah turut menyatakan bahawa setiap anggota berhak untuk mengundi dan memilih siapa sahaja dalam PRU15 bagi menentukan masa depan negara. TDM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba memanipulasi atau cuba memprovokasi melalui penyebaran berita yang tidak benar yang akan menjejaskan nama baik TDM amnya dan nama baik Panglima Tentera Darat khususnya.

SUMBER:

Facebook Rasmi Tentera Darat Malaysia (TDM)

BERNAMA


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI