Waspada Skim Pelaburan Yang Menggunakan Gambar Kerabat Diraja

TULAR:
727
Sumber gambar : PDRM

WASPADA:

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terpedaya dengan skim pelaburan yang menggunakan gambar kerabat Diraja dan menjanjikan pulangan yang tinggi dalam tempoh masa yang singkat.

Sumber gambar: Facebook

Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM):

Pihak polis percaya penggunaan gambar keluarga Diraja tersebut adalah untuk menarik keyakinan dan mempengaruhi orang ramai untuk menyertai atau melabur dalam skim yang ditawarkan. Penggunaan gambar kerabat Diraja sama sekali tidak mendapat kebenaran mana-mana pihak.

SUMBER:

Facebook Rasmi PDRM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI