45,000 Pekerja Pembersihan Bangunan Dan Kawasan Sekolah Di Seluruh Negara Berisiko Kehilangan Pekerjaan?

TULAR:
1505
Gambar hiasan. Sumber: kpm.gov.my

PENJELASAN:

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperjelaskan laporan bahawa
kononnya 45,000 pekerja pembersihan bangunan dan kawasan sekolah di seluruh negara berhadapan dengan kehilangan pekerjaan.

Sumber gambar: Utusan

Menurut kenyataan rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM):

KPM mengambil maklum pandangan dan keperihatinan yang dikemukakan oleh pelbagai pihak, khususnya yang berkaitan dengan aspek kebajikan pekerja-pekerja kontrak kebelakangan ini.

Bagaimanapun KPM menafikan dakwaan Persatuan Kontraktor-Kontraktor Bumiputera Sisa Pepejal dan Pembersihan (Kosppem) Pahang
bahawa seramai 45,000 pekerja pembersihan bangunan dan kawasan sekolah di seluruh negara berhadapan dengan ancaman kehilangan pekerjaan.

KPM dari semasa ke semasa akan mengkaji syarat dan kriteria tender bagi memastikan Kementerian, khususnya pihak sekolah mendapat perkhidmatan terbaik selaras dengan dasar mengoptimumkan sumber kewangan Kerajaan semasa. Sebagaimana pernah diamalkan pada masa lalu, KPM menambah baik format tender bagi tahun 2019 dengan mengambil kira keluasan kawasan, bilangan blok bangunan, jumlah aras keseluruhan bangunan dan bilangan kubikal tandas terdapat di setiap sekolah berbanding norma terdahulu yang hanya berdasarkan enrolmen pelajar dan keluasan bangunan

Sehubungan itu, KPM ingin menegaskan penyertaan kontraktor dalam tender-tender adalah mengikut harga yang ditawarkan dengan spesifikasi yang telah ditetapkan, dan bukannya bertujuan mengurangkan pekerja-pekerja yang digunakan oleh syarikat yang memperoleh tender kontrak.

KPM sekali lagi ingin menegaskan penawaran kontrak baharu, yang akan dibuat dalam masa terdekat, bagi perkhidmatan pembersihan adalah berdasarkan kepada skop dan spesifikasi yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak iaitu syarikat yang dilantik dan juga KPM.

SUMBER:

Laman Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia

Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI