Menurut Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC):
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ingin mengingatkan orang ramai berhubung surat derma palsu yang kononnya dikeluarkan oleh “Badan Kebajikan Thalassemia Malaysia (944520K)” yang meminta sumbangan dengan secara palsu menamakan Pengerusi SC sebagai penasihatnya.
Individu itu juga telah menyamar sebagai pegawai pengurusan kanan SC ketika membuat panggilan untuk memohon sumbangan. SC telah membuat laporan polis mengenai surat palsu tersebut.
SC ingin menyatakan bahawa ia tidak membuat sebarang permohonan sumbangan daripada orang ramai. Individu yang telah menerima sebarang permohonan sumbangan yang kononnya untuk atau bagi pihak SC atau mana-mana pegawainya, hendaklah segera menghubungi Pejabat Pelanggan dan Pelabur SC di [email protected] atau hubungi 03 – 6204 8999 untuk mengesahkan dan melaporkan perkara tersebut.
SUMBER:
Laman Sesawang Rasmi SC
Berita Harian
Bernama