Dakwaan Bahawa LPT Lanchang Banjir Adalah Tidak Benar

TULAR:
3411

SEBENARNYA:

ANIH Berhad ingin memaklumkan tular mengenai dakwaan kejadian banjir di KM113.3 arah timur (Lanchang), Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 adalah insiden lama.

Sehubungan itu, Syarikat memohon supaya orang ramai tidak menyebarkan gambar tersebut kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan dan suasana panik.

Justeru, pengguna dinasihatkan supaya melayari laman sosial rasmi syarikat iaitu Twitter di @LPTTrafik dan Facebook Lebuhraya Pantai Timur untuk keadaan trafik terkini. Pengguna juga boleh menghubungi talian LPT-Line di 1700 818 700 atau 09-547 9111 untuk sebarang pertanyaan.

SUMBER:

Facebook Rasmi LPT
Harian Metro
Utusan Malaysia
Berita Harian
Sinar Harian
Bernama


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI