Waspada Taktik Penipuan Yang Menyamar Sebagai Pegawai BSN

TULAR:
175

Menurut Bank Simpanan Nasional (BSN):

BSN ingin mengingatkan orang ramai untuk berhati-hati sekiranya menerima sebarang panggilan, mesej SMS atau emel palsu mendakwa dari pihak BSN yang meminta maklumat akaun.

Pengguna diingatkan untuk:

  1. Tidak mendedahkan sebarang maklumat akaun/ kad kredit/ debit kepada pihak yang tidak dikenali.
  2. BSN tidak akan meminta maklumat peribadi yang sensitif daripada pelanggan melalui panggilan telefon, SMS atau emel.
  3. Jika mempunyai sebarang keraguan tentang identiti pemanggil, nombor telefon atau emel, sila hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN melalui talian 1300-88-1900 untuk pengesahan.

Pelanggan juga dinasihatkan untuk segera melaporkan sebarang transaksi tidak sah atau mencurigakan kepada Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) melalui talian 997.

Artikel terdahulu :

  1. Waspada Taktik Penipuan Yang Menyamar Sebagai BSN Dengan Meminta Berkongsi Maklumat Peribadi Anda
  2. Waspada SMS Meminta Hubungi Nombor Yang Didakwa Daripada Pihak BSN

SUMBER:

Laman Sesawang Rasmi BSN

Facebook Rasmi BSN


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI