WASPADA:
Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) mengingatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan tawaran iklan penukaran nama geran kenderaan tanpa pemilik asal termasuk memperoleh lesen memandu tanpa perlu ujian dan memperbaharui cukai jalan tanpa perlu Puspakom sebagaimana tular di media sosial.
JPJ menegaskan bahawa, sebarang urusan berkaitan lesen memandu, lesen kenderaan motor (LKM) dan tukar hak milik kenderaan yang tidak mengikut prosedur ditetapkan oleh kerajaan adalah tidak sah.
JPJ juga telah membuat laporan kepada polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membanteras kegiatan yang tidak bermoral ini.
SUMBER:
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia