Kes COVID-19 Di Hospital Jempol, Negeri Sembilan Adalah Palsu

TULAR:
1249

SEBENARNYA:

Tular di media sosial mendakwa terdapat empat kes positif COVID-19 melibatkan lelaki yang tinggal di Mahsan, Jempol selepas pulang dari China.

Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNNS) menafikan berita yang tular di media sosial kononnya terdapat kes koronavirus (Covid-19) di Hospital Jempol.

Menurut Pemangku Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Mohammad Faid Abd Rashid berkata, sehingga hari ini tiada sebarang rawatan atau kes COVID-19 di hospital itu dan beliau meminta orang ramai menghentikan penularan berita palsu tersebut.

SUMBER:

Facebook Rasmi Hospital Jempol

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI