Menurut Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB):
Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) meminta orang ramai berhati-hati supaya tidak terperdaya dengan tawaran pelaburan palsu yang dikesan menggunakan nama dan logo syarikat itu.
Syarikat pengurusan unit amanah tersebut berkata justeru, orang ramai dinasihatkan menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB di talian 03-77308899 atau layari www.asnb.com.my, atau e-mel ke [email protected] sekiranya terdapat sebarang kemusykilan atau pertanyaan.
ASNB berkata dalam mesej berkenaan, penghantar mendakwa mewakili ASNB Group dan menggunakan nama serta logo syarikat ASNB tanpa kebenaran bagi menawarkan pakej pelaburan yang menjanjikan pulangan luar biasa dalam tempoh yang singkat.
Ia juga tidak pernah menggunakan nama ASNB Group dalam sebarang aktiviti promosi dan publisiti produk.
Orang ramai yang ingin memulakan pelaburan dalam unit amanah ASNB perlu terlebih dahulu mengunjungi cawangan ASNB atau ejen ASNB untuk membuka akaun pelaburan dengan membawa bersama dokumen pengenalan diri yang asal, menurut ASNB.
Firma itu berkata pelaburan tambahan secara dalam talian pula hanya boleh dilakukan menerusi portal dan aplikasi mudah alih myASNB, dan perbankan Internet ejen berdaftar kami seperti Maybank2u, CIMBClicks, RHB Now dan AffinOnLine.