Pihak JKNJ Tidak Pernah Mengarahkan Pengunjung Pasar Raya Di Johor Bahru Untuk Membuat Ujian Saringan COVID-19

TULAR:
1484

SEBENARNYA:

Menurut Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ):

Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) ingin membuat penafian kenyataan viral yang telah tersebar melalui media sosial berkenaan arahan buat saringan COVID-19 kepada pengunjung pasar raya terkemuka di Johor Bahru.

Pihak JKNJ sebelum ini ada membuat penutupan pasar raya terkemuka di daerah Johor Bahru disebabkan tidak mematuhi prosedur mengikut standard yang telah ditetapkan di dalam Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No 5) 2020 dalam Peraturan 11 P.U.(A) 136/2020.

Tiada kes COVID-19 dikesan di pasar raya tersebut. Pihak JKNJ tiada mengarahkan pengunjung pasar raya tersebut untuk membuat saringan COVID-19 seperti yang viral di media sosial.

SUMBER:

Facebook Rasmi JKNJ


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI